Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
17 Mac 2023 / 24 Syaaban 1444H
Solat Tanda Pengabdian seorang Hamba
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar ketakwaan. Dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita menjadi hamba-hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah (s.w.t) dan mendapat reda-Nya. Amin.
Saudaraku,
Allah (s.w.t) berfirman dalam Surah Taha, ayat 14:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.”
Demikianlah yang diingatkan kepada Baginda Nabi Musa (a.s). Bagaimana ibadah solat itu merupakan wasilah untuk seorang hamba berinteraksi dan mengingati Penciptanya, iaitu Allah (s.w.t).
Kerana dengan mengingati Allah (s.w.t) melalui solat, ia memberikan ketenangan kepada hati yang sedang di dalam kesusahan. Sebagaimana ia memberi ketenangan kepada Sayyiduna Muhammad (s.a.w) tatkala berhadapan dengan kegundahan. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, yang bermaksud, ketika mana Rasulullah (s.a.w) berhadapan dengan kesusahan, Baginda (s.a.w) akan mendirikan solat.
Namun, pernahkah kita terfikir bagaimana ibadah solat itu mampu memberi ketenangan kepada diri, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w)?
Saudaraku,
Bukankah kita sebagai manusia, apabila menghadapi kesusahan ataupun keresahan, kita meluahkannya kepada mereka yang dekat dengan kita? Begitu juga sepatutnya kita lakukan, iaitu dengan mendirikan solat supaya kita mengingati Allah pada setiap masa.
Pada keadaan yang membuat hati ini tertimbul rasa takut. Ataupun terdetik di hati rasa kegundahan. Biarpun hati kita merasa resah dengan pelbagai masalah yang kita hadapi. Baik dari segi kewangan, perkerjaan ataupun apa sahaja masalah yang dihadapi. Ketika itu, kita seharusnya mengambil peluang dalam setiap ibadah solat kita untuk meluahkan segala kerisauan dan meminta segala hajat kita. Lebih-lebih lagi apabila seorang hamba itu berada dalam keadaan sujud. Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sebuah hadis, Nabi (s.a.w) bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
Yang bermaksud: “Seorang hamba itu berada paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah doa di saat itu.”. [Hadis riwayat Imam Muslim]
Semoga kita menjadi hamba-hamba yang berjaya di dunia dan akhirat kerana kita menjaga hubungan kehambaan kita bersama Allah (s.w.t) melalui solat kita. Semoga Allah menjadikan kita serta keturunan kita, antara mereka yang menjaga ibadah solatnya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم
Khutbah Kedua
الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.
أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.